Showing posts with label fizikal cergas dan sihat. Show all posts
Showing posts with label fizikal cergas dan sihat. Show all posts

Friday, November 8, 2013

Stress....berpinau kata orang melaka..he he he

Perhatikan gambar ilustrasi dibawah...dan perhatikan dan lihat betul betul...

Kedua ,anda perlu lihat bulatan didalam gambar tersebut akan berpusing pusing...atau statik
Langkah 1
Jika anda melihat keadaan seperti kenyataan saya diatas...sekarang anda perlu pejamkan mata serta ambil nafas beberapa kali.Ambil Nafas melalui hidung sedalam yang boleh dan embus secara perlahan melalui mulut.

Skala 1 sehingga 5..
Kalau anda rasa 1 dan 2 bermakna anda mungkin penat setelah seharian bekerje dan memerlukan rehat untuk memulihkan tenaga.
Sekiranya anda berada didlm keadaan lingkungan 3 dan 4 mungkin ada sedikit tekanan yang mungkin anda fikirkan.Bulatan berputar secara perlahan dan anda masih nampak putaran tersebut mungkin kerje boss bagi belum siap,dateline dah sampai dan mcm mcm lagi..yang mungkin anda boleh susun atur untuk menyelesaikan..
Jika 5 skala yang anda rasa kpd diri anda sekarang.mungkin anda sedang menghadapi masaalah stress..bulatan akan berputar laju ke kiri dan ke kanan..
maka anda sebenarnya berada di dalam keadaan stress yang  amat serius...

Jika anda berada didalam keadaan stress maka cara yang di mana anda boleh lakukan ialah:
1.Banyakkan minum air suam( H2O membawaO2 )
2.Bersenam ( Exercise is best medicine)
3.Bawa berbincang dgn org yg kita rapat seperti keluarga,sahabat,atau sesiapa yang ada rasa anda senang berbicara dgn mereka.
4.Bagi Seorang muslim lakukan ibadat solat sunat,tahjud semoga kita diberikan petunjuk  dan jalan oleh allah swt ...
5.Rehatkan badan di pusat SPA dengan urutan merelaksasi tubuh badan kita..
6.Dengar music yang menenangkan relaks dan secara langsung anda ungkin zzzzz
7. Anda boleh amalkan membaca surah al quran...supaya kita di bawah lindungan allah swt..


Sebahagian daripada teknik pengurusan dan menangani stress...jika anda berminat untuk saya mengendalikan bengkel atau kursus ini sila hubungi saya untuk maklumat lanjut :
Hisamuddin Abdul Jalil 
012 6235635



Sunday, November 3, 2013

Macam macam alasan..

Tiada alasan lagi...mulakan bersenam.
 

Tiada alasan lagi untuk kita sentiasa cergas dan sihat,supaya kita mampu me lakukan aktiviti harian seperti aktiviti pekerjaan ,aktiviti luar dan didlm rumah,aktiviti kehidupan seharian dengan lebih sempurna.
Jangan berputus asa,merungut,mengata,menyombong diri dengan orang lain...kerana orang sebegini adalah tidak secergas mereka yang me lakukan Gaya Hidup Sihat..  
Jom bersenam...lakukan aktiviti senaman yang anda suka...

Thursday, October 17, 2013

Kecergasan tanpa batasan


Aktiviti kecergasan yang dilakukan oleh individu bergantung kepada target yang kita mahukan.Ada yang inginkan menurunkan peratusan lemak,meningkatkan kecergasan,persediaan aktiviti bersukan sama ada,riadah atau Sukan berprestasi tinggi.

Tiada limit untuk memulakan aktiviti kecergasan,ia boleh dilakukan oleh semua peringkat umur daripada kanak-kanak sehingga orang dewasa.Penglibatan mereka di luar sana menjalankan aktiviti kecergasan @senaman semakin meningkat kerana adanya Penglibatan NGO,kerajaan dan badan kecergasan.

Monday, March 12, 2012

Petikan bijak bistari...

Kesedaran tidak pernah datang selagi manusia belum tersilap langkah...Kalau lah kita tahu bila badan kita sakit sudah tentu kita akan membuat sesuatu seperti makan makanan yang seimbang,beli insuran perubatan yang paling tinggi memandangkan kos rawatan perubatan yang amat tinggi pada masa kini dan bersiap sedia memulakan aktiviti senaman supaya tubuh badan kita cergas.

Tetapi manusia kini mudah lupa dan apabila sudah jatuh sakit,maka pada masa itu menyesal tidak berguna..kalau selalu kita akan dengar ayat seperti ini"Kalau lah aku bersenam dulu tak ler jadi macam ni.."

Pernah tak kita diperingatkan ,beringat sihat sebelum sakit dan kita bila dah sakit bererti kita tidak menjaga tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini..pelbagai pekara yang kita dapat lakukan ketika sihat walafiat tetapi kalau dah sakit..pergerakan pun terbatas@terhad..


Jadi kita bersama-sama menjaga kesihatan hingga ke akhir hayat,semoga kita dapat melakukan aktiviti duniawi dan pekara untuk bekalan kita disana...insyaallah..amin

Monday, February 27, 2012

Berapa Lama...daaaa

Aktiviti fizikal ,Berapa banyak yang diperlukan?
Berapa lama masa yang kita perlukan untuk melakukan aktiviti fizikal pada setiap hari?.
Berikut adalah saranan daripada Ahli Jawatan Kuasa Teknikal strategi pencegahan Obesiti Malaysia,MASO

30 minit/sehari - dapat membantu mengawal risiko penyakit kronik.

45-60 minit/sehari - untuk mengelak mencapai berat badan berlebihan atau obesiti.

60-90 minit/sehari - mengawal penyakit...

Thursday, November 24, 2011

Tip turunkan Tekanan Darah Tinggi

Satu penyelidikan yang telah dilakukan di Universiti Havard,Melalui kajian mengenai hipertensi menyatakan kurang tidur bukan sahaja melemahkan tenaga,tetapi turut mempengaruhi kadar tekanan darah.

Semasa anda tidur,kitaran tidur nyenyak anda akan membuat jantung berdenyut dengan perlahan.Keadaan ini akan mendorong kepada penurunan tekanan darah...

Tidur yang mengcukupi dapat membantu memberikan kesegaran dan melakukan aktiviti tanpa rasa penat ,letih dan lesu pada keesokkan harinya
.

Jom zzzz...