6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH
 
 Menurut kajian sains, 
kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh 
itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda 
mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah:
 
 1. Kulit lebih lembut dan halus
 pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk 
mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, 
jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air 
sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan 
kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit 
pula menjadi lebih lembut dan halus.
 
 2. Melancarkan peredaran darah
 jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi 
lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti 
seharian tanpa rasa letih.
 
 3. Meningkatkan kesuburan
 
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila 
anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron 
pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.
 
 4. Mengurangkan 
risiko darah tinggi untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, 
mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit 
anda. Insya'Allah jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.
 
 5. Mengurangkan tekanan serta tenang air yang sejuk akan melancarkan 
kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami
 depresi, inilah cara yang terbaik untuk anda menghilangkannya. Oleh 
itu, ubahlah tabiat kepada mandi pagi sebelum subuh.
 
 6. Meningkatkan sel darah putih
 mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam 
tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit 
dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk 
dijangkiti dengan sebarang penyakit.
Kalau bangun pagi murah rezeki dan banyak pekara boleh dilakukan ...