Thursday, February 14, 2013

Kecergasan @ Aktiviti Fizikal...?

Kecergasan adalah kemampuan seseorang individu melakukan aktiviti seharian tanpa rasa penat letih dan lesu serta mempunyai masa untuk melakukan aktiviti riadah,bersenam dan berupaya bertindak jika menhadapi kecemasan..
Manakala aktiviti fizikal adalah aktiviti harian yang dilakukan seperti bekerja seharian iaitu kemampuan seseorang menjalani kehidupan ' Fit to Work"...

Seseorang yang cergas semestinya seorang sihat tetapi seseorang yang sihat belum tentunya seorang yang cergas....Bagaimana untuk meningkatkan tahap kecergasan seseorang itu...?

Lakukan senaman yang berjadual,sistematik dan mendapat tunjuk ajar daripada mereka yang bertauliah...
supaya anda dapat melakukan senaman yang berkualiti dan dapat menghindari daripada kecederaan serta anda memperolehi kesan yang baik daripada aktiviti kecergasan@ bersenam..

Tiada Alasan Untuk Bersenam...hanya mereka yang tidak cergas akan memberikan seribu alasan..