Wednesday, February 13, 2013

Pengsan ketika bersenam...???

Tolong -tolong ada orang pengsan di bilik cardio..???? oopppss,
Setelah beliau sedar daripada pengsan tadi, saya bertanyakan beberapa soalan kepada beliau..
1) Adakah anda kepenatan beberapa hari ini?
2)Sebelum datang ke gymnansium anda terdedah kepada cuaca yang panas dalam tempoh yang lama?
3)Adakah anda mempunyai masaalah kesihatan sejak kebelakangan ini..? 
Jawapannya adalah TIDAK!..tapi beliau pengsan...

a)Maka bila ditanya lagi berapa lama diatas cardio machine baru kamu rasa nak pengsan ?
Jawapannya baru dan tak sampai 10 minit ..
b)Berapakah intensiti yang kamu gunakan diatas alatan tersebut?
Jawapan beliau high intensity bang..

Secara logik daripada jawapan Si A ini beliau telah melakukan aktiviti berintensiti tinggi pada tahap (warm up) @ sessi pemanasan badan..pada 10-15 minit pertama, Seharusnnya kita melakukan aktiviti pemanasan badan untuk menyediakan tubuh badan sebelum memulakan aktiviti senaman @ bersukan .
Tujuan pemanasan badan adalah bagus untuk membolehkan otot menerima rintangan bebanan yang lebih apabila cukup bersedia.Pengedaran darah yang lebih effisi keseluruh badan dapat membantu membawa oksigen keseluruh tubuh badan.Sendi -sendi lebih besedia untuk bergerak,jantung dapat mengepam darah dengan lebih baik,otot - otot lebih elastik dan bersedia untuk sebarang rintangan.

Apabila ketika warm up dengan lebih cepat akan mengakibatkan aktiviti "Too fast to soon" iaitu seseorang itu memaksa tubuh badannya yg belum bersedia melakukan aktiviti intensiti yang lebih tinggi,sepatutnya intensiti tersebut dilakukan selepas aktiviti warm up...maka apabila berlaku seseorang itu tidak mendapat oksigen yang secukupnya maka...anda boleh jatuh pengsan...

Nasihat saya kepada anda yang ingin memulakan sessi senaman sila warm up dengan secukupnya..dapatkan nasihat pakar kecergasan yang bertauliah untuk membantu anda melakukan aktiviti senaman yang lebih teratur dan bersistematik...

Sila hubungi saya jika berminat untuk dapatkan maklumat mengenai Aktiviti senaman dan kecergasan Team Building yang boleh dilakukan ditempat anda,samada secara individu @ berkumpulan di talian 012- 623 5635 @ email:- giant_info@yahoo.com