Saturday, January 11, 2014

+ve & realistik dalam senaman..

Tahun 2014 rata rata mereka diluar sana memulakan azam baru atau menyambung azam tahun lepas dalam meneruskan aktiviti senaman.Pelbagai resolusi digunakan samaada pendekatan menyertai kelas senaman,program yang berada dipasaran oleh mereka yg dikomersialkan oleh celebriti,pusat pusat kecergasan menawarkan program pelbagai aktiviti serta tak kurang juga program diet yang tak masuk diakal.

Paling laris penurunan berat badan ....kerana ramai yang diluar sana yang mengalami obesiti dan semakin hari pekara ini merupakan masaalah yang berlaku di seluruh dunia termasuk di negara ini.
Apabila berazam melakukan aktiviti senaman didalam membantu menurunkan peratusan lemak didalam badan biarlah positif dan logik.Jangan melakukan dalam masa yang singkat kerana itu semua POYO...
Berjaya atau tidak bergantung kepada bagaimana prosess kita melakukannya...biar lambat peratusan lemak yang turun tetapi mengekalkannya kesihatan yang seimbang daripada penurunan yang mendadak tetapi gagal...
Selamat menjalani perubahan baru dalam senaman dan berazam berdisiplin dalam melakukannya..bukan sekadar untuk beberapa bulan tetapi biar sepanjang hayat.

Kekalkan momentum + Keazaman = kejayaan...