Tuesday, February 25, 2014

Fadhilat makan mengunakan tangan pandangan Islam dan Sains

MAKAN menggunakan tangan adalah sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang semakin kurang diamalkan oleh umat baginda pada masa kini.tangan merupakan alat utama mengambil dan menyuap makanan ke mulut.Jika didapati ada benda merbahaya maka tangan dululah dapat mengesannya seperti duri,tulang ikan @ tulang ayam.Soal kotoran pada tangan tidak akan timbul kerana Islam menyarankan agar sebelum makan kita disunatkan terlebih dahulu mencuci tangan.
      Hanya tangan kanan sahaja diajarkan untuk menyentuh makanan,diantara kehebatan hikmah menyentuh makanan menggunakan jari jemari manusia kerana ia mengandungi sejenis kimia yang memudahkan penghadaman didalam perut.Ini terbukti apa bila dikalangan orang tua kita melarang menyentuh makanan yang mahu disimpan dengan tangan kerana ia boleh menjadi basi.
       Malah,kita disunatkan menjilat jari jemari untuk mendapatkan keberkatan dan zat penghadaman yang baik pada akhir waktu makan.Inilah sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
       Dalam keadaan perut yang lapar kita digalakkan minum dan makan makanan yang manis.Kenapa?Perut yang terlalu lapar dan kosong akan mengeluarkan sejenis asid yang boleh memudaratkan perut.
       Makanan yang manis berupaya menghilangkan asid tersebut.Itulah sebabnya Nabi Muhammad s.a.w berpesan memulakan berbuka puasa dengan buah tamar kerana buah ini terkenal dengan kandungan glukosanya yg sangat tinggi..Jangan lupa baca doa makan sebelum makan...aaminn.