Friday, December 13, 2013

Bengkel Permuniaan Modul Instruktur Kecergasan Senamrobik 2013

Satu bengkel Penambahbaikkan Modul Kursus Instruktur Senamrobik Kebangsaan telah dijalankan di Institut Penilaian Negara(INSPEN) Putrajaya pada 11 Disember - 13 Disember 2013.Matlamat bengkel berkenaan adalah untuk penambahan dari struktur Jadual dan pengisian tajuk pembelajaran dalan Kejurulatihan Senamrobik ke arah yang lebih baik dan menepati keperluan kesesuaian silibus Instruktur pada masa kini.

Bersama dengan Sebahagian peserta kumpulan saya yang telah di bahagikan daripada 3 kumpulan En.Yazid Abdul Rani,Pn Azizah Ahmad dan Hisamuddin Jalil..
Di akhir bengkel bersama memerah otak daripada pandangan kalangan instruktur Senior dan junior maka terhasil satu pendekatan untuk pembaharuan program kejurulatihan yang akan bermula pada tahun 2014.Penambahbaikkan membolehkan meningkatkan taraf kejurulatihan dibawah Program Kementerian Belia dan Sukan setanding dengan program kejurulatihan di peringkat antarabangsa.
Terima Kasih dan syabas kepada Kementerian Belia dan sukan terutama Pengarah kecergasan National Pn Salmah AzizPen.Pengarah En.Aizuddin,En Uzaini@Ujang ,Farhana dan pegawai yang terlibat yang menganjurkan bengkel permuniaan ini.
Kepada rakan rakan instruktur daripada senior dan junior kerjasama kita bersama kita membentuk menjayakan misi dan matlamat diharapkan membangunkan indusrti kecergasan kearah yang lebih dinamik dan berdaya saing dimasa akan datang...




Bersama dengan En. Aizuddin Pen.Pengarah KBS kecergasan yang akan bertukar..
                                                                                                              

 Dengan Fenddy daripada Melaka dan Eja N.9..sempat bergambar ...