Monday, December 16, 2013

National Occupational Skill Standard NOSS,Malaysia

Alhamdulillah,Syukur kehadrat illahi akhirnya Modul NOSS Martial Art Level 3,4dan 5 dibawah Jabatan Kemahiran Malaysia ,Kementerian Sumber Manusia telah sempurna di lengkapkan. Buat julung kalinya  Pengsijilan NOSS Martial Art Tahap 3 telah berlangsung di Majlis Konvensyen dan konvokesyen Malaysian Martial Arts Grandmaster Association(MAGMA) pada 14-15 Disember 2013 bertempat di Kompleks Budaya Kraf,Kuala Lumpur.
Seramai 62 orang Jurulatih dan guru daripada pelbagai disiplin aliran seni beladiri telah ditauliahkan NOSS Sijil Tahap 3 Malaysia.Ada sebahagian datang daripada luar negara seperti China,Taiwan,Singapura dan Eropah menerima pengiktirafan pencapaian pada hari tersebut.
Kepada Akademi MAGMA dan JPK Malaysia syabas saya ucapkan dan terima kasih tak terhingga memberi pengiktirafan Tokoh Penghargaan Tertinggi kepada saya dan bersama 12 lagi panel yang membangunkan Modul NOSS ini.
.
 Barisan penerima persijilan dan anugerah Sempena Majlis MAGMA pada tahun 2013 ...Tahniah





Menerima Anugerah Tokoh Tertinggi MAGMA daripada YDH Dato' Sri Wan Haji Abdul Wahid Bin Wan Haji Hassan bersama Pendita Prof Dr.Azlan Ghanie ...Presiden MAGMA,Malaysia















Bersama Huzaifah Dato' Hashim penerima Anugerah dan Panel pembangunan NOSS seperjuangan MAGMA.
Semoga perjuangan yang baru akan bermula dalam pembangunan NOSS MAGMA dan Jab.Kemahiran Malaysia,Kementerian Sumber Manusia akan terus menjadi sejarah negara malah dunia apabila MAGMA berjaya membangunkan NOSS: Seni Beladiri Tahap 3 hingga 5,iaitu sampai tahap Diploma Lanjutan yang telah diluluskan pada 29 Julai 2013 yang lalu.

Tangungjawab dan amanah yang telah diberikan akan di dokong bersama 12 ahli Panel yang lain dalam mempertabatkan  NOSS modul: Jurulatih Pertahanan Diri iaitu Tahap 3-5(Certification,Diploma & Advance Diploma) .Sokongan daripada Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia serta MAGMA akan merialisasikan Malaysia sebagai Pusat Seni Beladiri Dunia..aamiin