Dah macam-macam buat tapi tak hilang spare tyre..?
Soalan sebegini
selalu diajukan kepada saya,terutama mereka di luar sana kebanyakan yang
telah gagal menurunkan peratusan lemak.Sepatutnya % lemak yang hilang
bukan kehilangan jisim(beratbadan).Senaman dah buat,makan dah jaga
tetapi masih gagal....kenapa..?
Persoalannya,jika kita lihat
daripada aktiviti Senaman yang dilakukan mereka perlu meningkatkan tahap
intensiti Senaman yg telah mereka lakukan..contoh daripada 3-4km sejam
kepada 4-5km sejam @ drp aktiviti 2 x seminggu kepada 3-4x
seminggu..Apabila anda mampu melakukan aktiviti Senaman berintensiti
rendah maka anda telah mampu untuk bersenam ..jantung anda telah lebih
efisien dan mampu meningkatkan corak Latihan yang lebih berintensiti
tinggi.Ini dikatakan prinsip tambah beban(overload).Anda juga boleh
menggunakan Teknik prinsip Latihan Ini didalam aktiviti Senaman
kecergasan Latihan Senaman Kekuatan Otot,fleksibiliti dan didalam
Latihan daya tahan Otot.
Dengan corak Latihan yang bersistematik
boleh meningkatkan elemen kecergasan ,daripada Latihan bebanan yang
sdikit kepada yg lebih berat.Semakin kerap kita bersenam dan corak
intensiti akan berubah,maka lemak didalam badan serta gula didalam
badan akan digunakan secara effisi.
Jika anda Ingin menurunkan
peratusan lemak,berat badan dan meningkatkan metabolisme,anda perlu
meningkatkan tahap kecergasan secara ansur maju supaya anda mampu melakukan aktiviti Senaman ke tahap yg lebih berintensiti tinggi didalam
aktiviti Senaman.
Corak pemakanan anda perlu sensuai dengan
aktiviti harian yang anda lakukan.sekiranya kita tidak
melakukan banyak
aktiviti fizikal,maka secara logiknya anda perlu mengurangkan defisit
pengambilan makananan harian..diamana jika pekerjaan anda tidak
memerlukan pergerakkan fizikal yang banyak,sebaiknya anda makan dengan
lebih kerap tetapi didalam jumlah Sukatan yg lebih kecil untuk
membolehkan badan mengoptimakan jumlah tenaga dengan makanan yg kita
ambil.Jika makanan tidak ditukar menjadikan tenaga untuk digunakan oleh
badan ia akan tersimpan sebagai lemak didalam badan....maka spare tyre
akan bertambah Lebar...addusshh.
ohh tidak!!!