Sunday, January 27, 2013

Regangan...?

   Regangan adalah aktiviti dimana dilakukan sebelum melakukan aktiviti utama seperti bersenam,beriadah atau bersukan dan ia dilakukan selepas aktiviti pemanasan badan.
Menurut kajian yang telah dijalankan ,aktiviti regangan dapat membantu mengawal kadar kecerderaan sebanyak 25% sekiranya teknik yang betul diadaptasi sebelum atau ketika memulakan aktiviti senaman.
     Aktiviti memanaskan( warming up) badan bergantung kepada aktiviti sukan,senaman aatau riadah yang ingin anda lakukan.Aktiviti regangan dinamik dilakukan oleh mereka yang melakukan aktiviti sukan berprestasi tinggi seperti gymnastik,penari,mendaki gunung dsbnya,tetapi bg mereka yg melakukan regangan biasa seperti mereka yang melakukan senaman aerobik kardiovaskular,riadah dan rutin senaman mingguan.Elakkan aktiviti regangan berbentuk pasif atau statik ketika @ sebelum bersenam kerana ia akan meningkatkan risiko kecederaan.. Ini kerana regangan statik@ pasif lebih sesuai ketika menjalankan regangan utk penyejukkan badan(cool down).
     Mengamalkan aktiviti regangan sebelum melakukan aktiviti utama kecergasan dapat membantu meningkatkan fleksibiliti individu,mengelakkan kecerderaan,melancarkan pengaliran darah keseluruh badan dan memastikan tubuh anda bersedia menerima rintangan berintensiti tinggi didalam satu-satu aktiviti...
Pastikan anda melakukan pemanasan badan, regangan sebelum dan selepas bersenam,beriadah atau bersukan....