Monday, March 12, 2012

Petikan bijak bistari...

Kesedaran tidak pernah datang selagi manusia belum tersilap langkah...Kalau lah kita tahu bila badan kita sakit sudah tentu kita akan membuat sesuatu seperti makan makanan yang seimbang,beli insuran perubatan yang paling tinggi memandangkan kos rawatan perubatan yang amat tinggi pada masa kini dan bersiap sedia memulakan aktiviti senaman supaya tubuh badan kita cergas.

Tetapi manusia kini mudah lupa dan apabila sudah jatuh sakit,maka pada masa itu menyesal tidak berguna..kalau selalu kita akan dengar ayat seperti ini"Kalau lah aku bersenam dulu tak ler jadi macam ni.."

Pernah tak kita diperingatkan ,beringat sihat sebelum sakit dan kita bila dah sakit bererti kita tidak menjaga tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini..pelbagai pekara yang kita dapat lakukan ketika sihat walafiat tetapi kalau dah sakit..pergerakan pun terbatas@terhad..


Jadi kita bersama-sama menjaga kesihatan hingga ke akhir hayat,semoga kita dapat melakukan aktiviti duniawi dan pekara untuk bekalan kita disana...insyaallah..amin