Friday, July 29, 2011

Ramadhan...kunjung tiba.

Assalamualaikum?
Ramadhan kunjung tiba,dimana umat islam di seluruh dunia menjalani ibadah puasa.Bila tiba bulan yang mulia ini..maka seribu alasan untuk mengurangkan aktiviti melibatkan kecergasan fizikal..hmm atas alasan tidak mahu bersenam nanti boleh memudaratkan dan terbuka puasa..he he he.Kalau setakat 20 minit pergi berjalan kat pasar ramadhan dan beli kuih barang seringgit dua..ade juga aktiviti fizikal kita lakukan namun tidak berintensiti tinggi..Zaman Nabi Muhammad S.a.w pergi berperang lagi di bulan ramadhan,inikan kita di negara yang aman dan damai hanya menikmati kenikmatan selepas kemerdekaan.
Rakan-rakan pada bulan yang mulia ini marilah kita bersama-sama memperbanyakkan ibadat,panjatkan doa dan syukur serta tawakal kepada Allah s.w.t semoga apa yang kita jalani di bulan yang indah ini mendapat keberkatan illahi.
Aktiviti Tarawih disebelah malam telah di janjikan oleh allah s.w.t dengan beribu kenikmatan...maka bukan sahaja kita menjalani amalan solat memberikan pahala diakhirat tetapi membina kekuatan diri dan keinsafan diri..

Selamat Berpuasa dan gandakan amalan anda semoga kemenangan yang ditunggu pada penhujung bulan ini memberikan kenikmatan seribu makna...