Wednesday, July 27, 2011

Diet ramadhan..

Bulan Ramadhan akan kunjung tiba maka itu jua..ada sebahagian dari kita menyatakan bahawa ketika berbuka adalah tempat untuk mengantikan waktu tea break,lunch ,brunch ..di siang hari yang telah di tinggalkan...ha ha ha,apa lagi yang nak anda mahukan sebenarnya dibulan ramadhan..dimanakah keberkatan yang ingin kita perolehi..
Berpuasa membolehkan tubuh badan kita berehat sebentar disiang hari untuk membolehkan sistem penghadaman berehat recovery setelah 11 bulan bekerja untuk kita...huh..tak de cuti pun,kita pun sendiri akan mengeluh jika dalam seminggu tidak ada cuti mingguan..secara langsung badan kita dapat self recovery dan dalam masa yang sama membantu dalam diet di bulan ramadhan ini.
Sembelit bepunca daripada corak pemakanan yang tidak seimbang.Apabila kita mengalami sembelit,tambah pengambilan air dan makan sayuran bayam.Ini kerana bayam adalah bahan pelawas natural yang baik.Bayam juga mengandungi zat besi dan klorofil yang membantu meningkatkan metabolisme dan kekuatan otot serta mencegah dan menyembuh anemia.