Sunday, April 4, 2010

8 tips untuk memulakan program kecergasan anda

1.Merangka corak latihan yang sesuai dengan diri anda
Untuk mencapai tahap kecergasan anda perlu merangka dahulu corak latihan kecergsan yang perlu anda lakukan..secara tidak langsung ia akan membantu mengekalkan tahap motivasi dan prestasi anda dalam program senaman yang anda lakukan..

2.Corak latihan yang logik untuk dicapai.
Corak latihan yang di buat biarlah masuk akal,ini semua nak cepat..lemak di simpan bertahun tahun tetapi anda ingin buang dalam masa yang singkat,ini akan mendatangkan kemudaratan pada tubuh badan individu itu sendiri.Ambil masa untuk corak latihan untuk objektif jangka masa pendek dan jangkamasa panjang.Kehilangan berat badan yang sesuai adalah 0.5 - 1 kg seminggu dan dalam setahun anda mungkin akan kehilangan 24kg..ini kerana peningkatan secara normal berat badan manusia akan meningkat 5 - 10 kg setahun.Anda boleh cuba latihan Larian 5KM dalam masa 6 bulan dan Larian Marahton dalam masa 18 bulan,secara tidak langsung corak latihan jangka panjang dpat membantu mengawal corak latihan dan lebih fokus.

3.Catatkan program latihan yang telah anda akan lakukan.
Perancangan dan corak latihan yang anda lakukan anda boleh catat dalam diari,secara langsung tidak menganggu jadual kerja harian anda dengan jadual senaman anda..Komitmen ada;lah penting untuk mencapai target yang anda ingin capai..susun jadual anda supaya anda tidak ada obligasi dengan aktiviti lain.

4.Cari workout buddy.(Teman Bersenam bersama)
Cari teman yang ingin melakukan senaman bersama,lakukan didalam kumpulan 2-5 orang secara langsung dapat meningkatkan motivasi positif bersaing diantara satu sama lain untuk mencapai objektif ,meningkatkan semangat untuk bekerjasama berusaha mencapai tahap kecergasan yang anda inginkan.

5.Dapatkan alatan dan pakaian yang sesuai.
Pemilihan pakaian dan alatan yang sesuai amat penting kerana ia dapat membantu meningkatkan tahap keselesaan ketika bersenam dan secara tidak langsung dapat mengurangkan kecerderaan semasa bersenam dan latihan akan menjadi lebih efektif serta berkesan.Berbelanja dengan buget anda dapatkan kasut yang sesuai dan alatan yang sesuai dengan keperluan aktiviti ,kalau anda ingin lakukan dirumah dapatkan Resistance Band atau Fitness Ball tetapi kalau anda bersenam di Gimnasium mungkin alatan senaman telah disediakan di sana.

6.Pilih corak latihan yang sesuai dengan anda.
Bagaimana cara dan dimana anda ingin bersenam terpulang kepada individu,yang penting anda dapat meneruskan cara hidup aktif,anda boleh mendapatkan video senaman di rumah ,pergi ke taman rekreasi,taman permainan,kelas senaman atau pergi ke gimnasium berhampiran.Gym adalah tempat yang terbaik untuk memulakan senaman kerana pelbagai sumber alatan,kelas senaman,jurulatih peribadi dan berkumpulan yang dapat membantu mencapai apa yang anda ingin capai dalan aktiviti senaman.Kalau anda ingin kan pelbagai jenis bentuk aktiviti dan pelbagai jenis latihan dapatkan pusat kecergasan yang menawarkan anda pelbagai aktiviti..

7.Dapatkan jurulatih yang bertauliah dan berpengalaman.
Anda boleh dapatkan bantuan jurulatih di pusat kecergasan untuk memastikan anda melakukan senaman dengan cara yang betul dan mengikut kemampuan tubuh badan anda..Jika anda ingin dapatkan jurulatih peribadi yang dapat menyediakan pelan kecergasan senaman untuk menbantu anda mencapai tahap senaman yang optimum,saya amat mengalakkannya,walaupun kos RM perlu dibayar tetapi berbaloi..terutama mereka yang baru berjinak-jinak dengan latihan bebanan (Weight training)atau aktiviti senaman.Jurulatih akan memastikan senaman anda berada dalam teknik teratur dan meningkatkan skill kecergasan anda.

8.Pelbagai aktiviti rutin anda.
Jangan jadikan aktiviti kecergasan anda boring atau mencapai tahap pleto kerana melakukan aktiviti yang berulang atau sama setiap hari,bentuk pelbagai corak latihan yang sesuai dan pelbagaikan diantara alatan latihan bebanan atau senaman kardiovaskular,mengikuti kelas latihan berkumpulan yang anda suka seperti kelas aerobik hip hop,kick boxing,step ,latin dsb atau pilihan di luar gimnasium seperti bersukan dengan rakan-rakan,Pelbagai corak aktiviti yang anda lakukan dapat menjadikan senaman sebagai satu aktiviti rutin kearah kesihatan yang cergas.