Tuesday, March 23, 2010

Diet...makan buah je....boleh ke?

Diet Sihat dengan buah-buahan . Ketika kini banyak program pelansingan badan yang boleh didapati di luar sana.Namun, kita harus berhati dalam memilih program diet yang sesuai,Ini kerana impian untuk memiliki tubuh yang langsing akibat salah memilih program diet akan menyebabkan kegagalan program diet tersebut .Dalam memilih program diet, membataskan kumpulan satu kelompok makanan tertentu seperti hanya mengambil buah dan sayur tidak benar dalam ertikata diet seimbang. Kerana tubuh akan kekurangan zat lainnya yang diperlukan seperti protein, karbohidrat, dan mineral .Oleh kerana itu, diet dengan buah-buahan juga harus seimbang dengan nutrisi yang lainnya.
Pengambilan buah-buahan, adalah alternatif satu program diet dengan lebih banyak mengambil sayuran dan buah segar. Program ini jauh lebih baik kerana dari sayuran dan buah segar banyak mengandungi fiber atau serat sebagai komponen makanan yang penting untuk diet. Pengambilan buah dan sayuran dalam jumlah tinggi itu dapat pula menghindarkan individu dari serangan jantung dan kanser.
Senarai sebahagian dari 10 buah-buahan yang bermanfaat untuk kesihatan dan kaya kandungan nutrisinya:

Epal- mengandung karbohidrat terutama ketika sedang tumbuh dan kaya pectin (sejenis serat). epal mengandung flavonol yang disebut quercetin yang dalam beberapa kajian memiliki bahan anti radang kanser. Quercetin juga mengandung bahan antiradang sehingga bermanfaat bagi penyakit seperti arthritis. Sedangkan kandungan gizinya, epal mengandung vitamin C tetapi tidak sebanyak buah jeruk.

Strawberi- mengandung ellagic acid sebagai antioksidan. Dalam beberapa penelitian ellagic acid terbukti dapat menghalang proses pertumbuhan tumor dalam paru-paru, osephagus, payudara, cervix dan lidah. Didalam perubatan alternatif strawberi diyakini memiliki antibakteria dan digunakan sebagai pembersih sistem pencernaan. Strawberi banyak mengandung vitamin C.

Pisang- merupakan sumber vitamin B6 yang dapat meningkatkan untuk membuat serotonin dalam otak. Serotonin berfungsi mengurangi rasa sakit, menekan nafsu makan, dan membuat merasa relaks dan mengurangi ketegangan. Didalam perubatan tradisional, pisang digunakan untuk menyembuhkan radang perut. Tidak seperti buah-buahan lain, pisang mengandung banyak karbohidrat, sedikit mengandung karotin dan vitamin C namun kaya potasium.

Tembikai- mengandung gula yang tinggi dan lycopene yang berfungsi sebagai antikanser. Tembikai merah dan kuning juga mengandung carotenoid yang dapat melindungi sel tubuh terhadap kerosakkan radikal bebas(Free Radical) dan dapat juga diubah menjadi vitamin A dalam tubuh. Tembikai merupakan sumber carotenoid dan juga mengandung vitamin C.

Asam jawa-mengandung phytochemical yang disebut hesperidin yang berfungsi sebagai antioksidan. Asam jawa juga sumber pectin yang berfungsi menurunkan tekanan darah dan termasuk buah rendah serat namun sumber vitamin C dan folate.

Mangga- mengandung carotenoid yang disebut beta crytoxanthin, malah antioksidan yang dapat melindungi terhadap beberapa jenis kanser seperti kanser usus dan kanser tulang. Mangga termasuk buah yang kaya mengandungi carotenoid, serat, dan vitamin C

Kiwi- mengandung pigmen yang disebut klorofil yang memberikan buah tersebut warna hijau. Kiwi dapat dikatakan mampu untuk mengawal keradangan kanser. Satu buah kiwi sudah cukup untuk memenuhi keperluan vitamin C orang dewasa.

Plum- mengandung phytochemical yang disebut ferulic acid, yang membantu mengawal antikanker. Penelitian menujukkan banyak konsumsi ferulic acid dapat membantu menurunkan risiko kanser usus. Plum merupakan buah yang kaya serat dan potasium.

Anggur-Kulit anggur mengandung phytochemical yang disebut resveratrol yang terbukti dapat meningkatkan kesihatan jantung, antikanser, antibakteria, dan mengandung antioksidan. Anggur memiliki kandungan serat dan vitamin C serta kandungan gula yang tinggi.

Nenas -mengandung enzim bromelain yang memiliki kemampuan untuk menguraikan protein. Nenas sering dipakai sebagai bahan masakan jika dicampur dengan daging selain membantu pencernaan, mengaktifkan pembekuan darah, mencegah sinus, dan infeksi saluran kencing. Nenas merupakan sumber vitamin C dan serat serta mengandung kadar gula yang tinggi.

Kekurangan tahap pengetahuan yang selalu dilakukan ketika melakukan program diet

1. Melewatkan makan pagi,Sarapan dengan memilih makanan tepat di waktu pagi hari sangat penting bagi tubuh untuk memberi tenaga yang diperlukan untuk menghadapi rutin harian pagi agar terhindar dari mengambil makanan ringan bergula atau berlemak ketika merasa lapar.

2.Mengambil makanan kurang lemak berlebihan,Sebenarnya makanan bebas lemak(Fat Free) tidak bererti makanan itu mengandung kalori rendah.

3. Pengambilan salad,Salad mengandung kalori yang tinggi seperti burger,jika apabila sayuran itu dilimpahi dengan keju, roti kering, dan sos cream berlemak tinggi.Ini kerana pengambilan lemak dari sumber tumbuhan lebih baik dari sumber haiwan.

4. Memilih jus segar dibandingkan epal atau awet(preservertive fruit),Pengambilan buah-buahan segar jauh lebih baik kerana banyak ditemui fiber atau serat sebagai komponen makanan yang penting untuk diet.

5. Mengawal pengambilan kalori pada tahap yang rendah dari keperluan harian, kalori rata-rata tubuh individu seseorang yang normal adalah 1.200 sampai 1.500 kalori setiap hari di perlukan oleh manusia untuk berfungsi. Jika dilakukan pengawalan kalori yang berlebihan, akan memperlambat metabolisme tubuh yang mengakibatkan menimbulkan masalah kesihatan seperti anemia.