Sunday, August 30, 2009

MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA...




Salam Hormat,Salam Satu Malaysia?
Merdeka..Merdeka..Merdeka,Itulah 3 perkataan yang dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu bapa Kemerdekaan Malaysia pada tanggal 31 Ogos 1957 tahun dahulu yang akan di laungkan oleh rakyat Malaysia pada hari esok...sempena Kemerdekaan negara kita Malaysia ke 52.
Mungkin pada tahun ini perayaan tidak semeriah pada tahun sebelumnya kerana menghormati bulan ramadhan bulan mulia umat islam di Malaysia yang menganutinya. Tapi apa yang menyedihkan masih ramai rakyat Malaysia tidak memahami apa itu kemerdekaan? Apabila ditanya APA ITU KEMERDEKAAN? Mereka rata-rata menyatakan ada konsert menjelang 31 Ogos jam 12 malam dan esok perarakkan kat Dataran Merdeka/Dataran Putrajaya..
Kemerdekaan yang di perolehi oleh Malaysia atau MALAYA pada sebelumnya bukan mudah untuk kita dapatkan,dari penjajahan demi penjajahan yang negara dan rakyat nenek moyang kita telah lalui untuk menjadikan Malaysia tempat yang mana kita bebas bergerak didalamnya aman dan damai.Kemakmuran yang kita kecapi dari kesusahan yang lampau janganlah kita persia-siakan pada waktu ini dan untuk generasi kita pada akan datang..
Semoga keamanan yang di kecapi pada hari ini,kita tidak lupa erti kesusahan ,kepayahan nenek moyang kita lalui.. Sebagai rakyat Malaysia kita harus berbangga kerana Malaysia setanding dengan seantero negara maju yang lain.
Inilah nukilan dari hati kecilku semoga negara yang ku cintai ini akan terus makmur,gemilang dan terbilang..Al-Fatihah kepada pejuang negara yang menabur bakti ,gugur di medan perjuangan..untuk mendapatkan kemerdekaan semoga mendapat syurga balasan di akhirat...amin....
Selamat Berbuka puasa..huh petang ni rasa nak makan sup....he..he Merdeka..Merdeka ..Merdeka

No comments: